Friday, August 20, 2010

Fulham Tolak Bidaan Kedua Arsenal

Arsenal telah membuat tawaran kedua kepada Fulham untuk mendapatkan khidmat penjaga gol mereka iaitu Mark Schwarzer..Namun sekali lagi Arsenal dikecewakan apabila pihak Fulham menolak bidaan kedua itu selepas bidaan pertama ditolak bulan Mei lalu..

Schwarzer
Fulham meletakkan syarat agar menyertakan Carlos Vela sekiranya Arsenal ingin mendapatkan penjaga gol mereka. Walaupun, Schwarzer telah menyatakan hasrat untuk keluar dan menyertai Arsenal, namun pihak pengurusan Fulham tetap tidak ingin melepaskan ayam tambatan mereka itu..

Arsenal dilihat menghadapi masalah di gawang gol apabila prestasi 2 penjaga gol utama Almunia dan Fabianski tidak konsisten. Sekiranya Fulham tetap berkeras, Arsene Wenger mungkin membawa masuk Shay Given sebagai pilihan terakhirnya apabila Given tersisih daripada menjadi penjaga gol utama Manchester City

No comments:

Post a Comment