Monday, August 2, 2010

Emirates Cup: Arsenal 3-2 Celtic

Salam 1 Arsenal..Ulasan dan analisa game lawan celtic semalam mungkin ramai dah tulis atau baca..apa-apa pun saya nak coret jugak kat sini..Arsenal bermula garang dengan gol seawal minit ke-2..gerakan bermula daripada wilshere yang menghantar bola kepada Walcott..Walcott melorong bola dari kanan padang melepasi jangkauan keeper,dan bola disambung oleh Vela terus menerjah jaring..Almunia memang bertindak cemerlang semalam..banyak dia save bola..Walcott banyak sia-siakan peluang..Vermaelen pun bertindak cemerlang dan berjaya melepaskan satu rembatan deras tapi berjaya ditepis..yang menarik semalam adalah pemain muda Arsenal, Jack Wilshere..beberapa cubaannya berjaya ditepis dan satu volley menarik menggegar palang gol celtic..Pada minit ke-44, Arsenal mendapat corner kick..corner pendek kepada Rosicky kemudian kepada Sagna, dan bola terus dirembat Sagna dengan kaki kiri menerjah kanan gol Celtic..Tamat separuh masa pertama dengan kedudukan 2-0..
Separuh masa kedua dengan Chamakh dan Nasri dimasukkan bagi mengubah corak perlawanan..hasilnya Nasri menjaringkan gol dengan rembatan lerek deras ke kiri gol apabila menerima hantaran daripada Walcott..Namun drama selepas ini mula berubah apabila Celtic melancarkan serangan demi serangan..sehinggalah mendapat sepakan penalti.akibat kekasaran Wilshere yang memeluk dan menjatuhkan Fortune dalam kotak penalti..Mujurlah sepakan Samaras melambung tinggi..Walaupun tenaga baru Arshavin, Eboue, Gibbs dan Koscielny masuk namun tidak berjaya menghalang celtic dari terus menyerang..Hasilnya Celtic memperoleh gol pertama apabila mudah merembat masuk bola biasan daripada bek Arsenal..Benteng arsenal sekali lagi dilihat rapuh apabila pemain celtic dari Korea mudah menolak masuk gol hasil hantaran Fortune..memang barisan pertahanan perlu lebih giat berusaha untuk bertemu team-team yang lebih kuat pas ni..Game berakhir..dan STAR MAN untuk game ni saya pilih Wilshere..walaupun melakukan kesilapan sehingga menghadiahkan sepakan penalti..namun dia nampak rajin dan berani melakukan percubaan..Almunia tidak perlu disalahkan kerana kedua-dua gol dari Celtic akibat kelalaian pertahanan..Emirates Cup kekal di Arsenal..dan semoga cup-cup yang lain pun akan kembali ke Arsenal..Adios..
 Piala pertama season ni..


                                        Pos Team P W D L F A Pts
                                          1. Arsenal 2 1 1 0 4 3 8
                                          2. Celtic 2 0 1 1 4 5 5
                                          3. Olympique Lyonnais 2 0 2 0 3 3 5
                                          4. AC Milan 2 0 2 0 2 2 4

No comments:

Post a Comment