Wednesday, August 18, 2010

Wenger Inginkan Schwarzer Sebelum Weekend Ini..

Wenger menyatakan hasratnya untuk membeli penjaga gol Fulham, Mark Schwarzer sebelum hujung minggu ini bagi menggantikan tempat Almunia pada perlawanan menentang Blackpool Sabtu ini di Stadium Emirates. Wenger dijangka akan membayar 2.5 million euro kepada Fulham untuk membawa Schwarzer ke Emirates.

Sementara itu, Fulham pula ingin mendapatkan khidmat penjaga gol Manchester City, Shay Given sekiranya Schwarzer berpindah ke Arsenal..Shay Given berhasrat untuk keluar dari City sebab Joe Hart diletakkan sebagai keeper utama dan bertindak cemerlang dalam perlawanan menentang Spurs minggu lalu.

Schwarzer

Schwarzer,37 mempunyai pengalaman luas di EPL mahupun peringkat antarabangsa..dan mungkin akan boleh menjadi coach keeper suatu hari nanti..Almunia yang ingin stay kat Arsenal ungkin terpaksa cari pasukan lain lepas ni..

Selain itu, pertahanan Arsenal Djourou kembali berlatih semalam dan percaya akan sembuh sepenuhnya dari kecederaan hamstring untuk beraksi menentang Blackpool Sabtu ini..Ini kerana pertahanan baru Koscielny digantung 1 perlawanan akibat dilayangkan kad merah ketika perlawanan pertama menentang Liverpool di Anfield..

No comments:

Post a Comment