Wednesday, August 4, 2010

Rosicky: Tiba Masanya Untuk Tamatkan Badi

Tomas Rosicky merupakan seorang player yang memenangi trofi dalam semua kelab yang pernah beliau setai kecuali Arsenal..Beliau mula bersuara dan menyatakan hasratnya untuk menamatkan musim tanpa trofi pada musim ini.
Rosicky,29 tahun menjadi salah seorang pemain senior atau antara yang paling tua dalam skuad Arsenal selepas perpindahan Sol Campbell, William Gallas dan Mikael Silvestre dari kem Arsenal.
Rosicky


Kebolehan Rosicky dalam mengawal dan menukar corak permainan selain rembatan jarak jauh yang kencang amat penting bagi pasukan Arsenal. Sememangnya season ni adalah satu season yang amat penting baginya selepas beliau berehat panjang selama 18 bulan akibat kecederaan sebelum ini.
Rosicky menyatakan bahawa Arsenal masih lagi boleh memburu dan mencabar kejuaraan musim ini sekiranya skuad meneruskan usaha dan meningkatkan potensi masing-masing, sekiranya pasukan bersatu padu tiada apa yang boleh menghalang merekan daripada membawa pulang trofi ke Emirates.
Katanya mereka hampir melakukannya musim lalu tapi masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki. Setiap tahun kami ingin berjaya kerana kami berada dalam kelab yang besar dan kami ingin menjadi juara. Memenangi trofi adalah matlamat saya, di mana jua saya main, saya mesti memenangi sesuatu..termasuklah di sini..katanya lagi..

No comments:

Post a Comment