Tuesday, August 3, 2010

10 Pemain Yang Masih Menjadi Buruan Arsenal..

Arsenal pada logiknya memerlukan pengganti Sol Campbell, William Gallas dan Mikael Silvestre yang keluar..Prestasi penjaga gol yang tidak konsisten musim lepas bikin Arsene Wenger pening dan munkin mempertimbangkan untuk membawa masuk keeper baru season ni..dan pemindahan Eduardo ke Shakhtar Donestk mengurangkan bilangan striker untuk rotation dengan Bendtner masih lagi dibelenggu kecederaan dan potensi Walcott yang masih tidak menentu..Di bawah ini adalah senarai 10 pemain yang menjadi buruan Arsenal..mari kita pilih sama-sama..

1) Mesut Oezil
Mesut Ozil



Kepada yang menyaksikan Piala Dunia 2010,rasa-rasa tak perlulah nak kenalkan pemain ini lagi..pemain muda Jerman yang paling menyerlah dan dikatakan sesuai menggantikan tempat Cesc Fabregas sekiranya beliau berpindah ke Barcelona..Tapi sekiranya Cesc stay, adakah perlu juga mendapatkan khidmat Ozil ni? atau hanya satu pembaziran dengan Arsenal yang sudah memiliki bakat-bakat muda yang terserlah di Emirates Cup seperti Wilshere, Frimpong, Barazite dan Aaron Ramsey..



2) Mark Schwarzer
Mark Schwarzer

Arsenal memerlukan seorang penjaga gol yang boleh dipercayai..Pengalaman dan keyakinan sangat penting bagi seseorang penjaga gol selain daripada ketangkasan..Hanya Almunia dipercayai memiliki ciri-ciri di atas namun tidak konsisten menjadi masalah utama Almunia..Almunia dan Fabianski style gelabah plak..Mannone dengan Szcesny baru 20 tahun pulak kurang pengalaman..perlu diberikan lebih pendedahan..dan pengalaman beraksi dalam game-game besar..So, Mark Schwarzer memang sesuai la..tapi nak ke Fulham lepas..Schwarzer,37tahun telah membuat lebih 70 penampilan bersama Australia dan lebih dari 400 penampilan dalam liga EPL.

3) Maarten Stekelenburg
Stekelenburg

Stekelenburg adalah seorang pemain penjaga gol yang semakin meningkat semenjak World Cup hari tu..Performance meang dipuji la sehingga dapat membawa Belanda ke final World Cup..Bila dah perform World Cup,harga pun melambung la naik..Mamat ni dah 6 tahun kat Ajax dan menjadi antara keeper terbaik di Eropah..Adakah dia fit untuk Arsenal??Memang fit dan mana-mana kelab yang ada dia ni memang defensive level diorang naik la..Chance Arsenal nak sign dia ni=30% jer..

4) Federico Marchetti
Marchetti

Sama macam Stekelenburg jugak..ditarik menjadi penjaga gol utama Itali selepas Buffon mengalami kecederaan pada perlawanan pembukaan World Cup..Sebelum world Cup harga rendah je tapi lepas je world cup mula lah kelabnya Cagliari meletakkan harga 12.5million Euro..Nak ke Wenger ambik dia dengan harga yang semacam tu..dengan Itali yang gagal layak ke pusingan kedua..tapi selalunya keeper Itali ni tak la mengecewakan..Tak boleh la nak banding prestasi di Piala Dunia dengan kat kelab..

5) Per Mertesacker
Mertesacker

Satu lagi nama besar yang dikaitkan dengan Arsenal adalah bek tinggi lampai Jerman Per Mertesacker. Pemain pertahanan yang dianggap 'perfect' untuk Arsenal ini baru berusia 25 tahun..muda lagi dan memiliki pengalaman beraksi di peringkat Eropah dan antarabangsa. Beliau juga dianggap jawapan kepada kekurangan pemain tinggi dalam skuad Arsenal..Tapi kalo Arsenal sign mamat ni, kesian plak kat Koscielny nanti sebab terpaksa panaskan bangku simpanan kerana sudah pastinya Vermaelen akan bergandingan dengan Mertesacker di tengah..

6) Phil Jagielka
Jagielka

Lagi gosip mengenai Arsenal adalah Phil Jagielka..pemain berbadan tegap yang bermain untuk Everton ini mempunyai keyakinan, kawalan bola yang baik dan verstyle..Masalahnya sekarang ape jua offer, manager Everton, David Moyes mesti reject..dan dia kata future Jagielka tetap di Everton..Tapi adakah Arsenal akan hanya berhenti di sini??atau terus mengejar beliau..Jagielka ni kelebihan dia boleh jugak main defender midfielder..bagus jugak kalo dapat..


7) Mamadou Sakho
Sakho

Mamadou Sakho, 20 tahun dari Paris Saint-German boleh menjadi pembelian yang murah bagi Arsenal tanpa mengeluarkan banyak duit..usianya yang masih muda dan banyak lagi yang perlu digilap untuk memantapkannya..Memiliki kelebihan kaki kiri, boleh la jadi back-up untuk Vermaeleen nanti. kalo injured atau suspended.defend tengah memang sesuai kalo sorang kaki kiri,sorang lagi kaki kanan..sekarang ni dah ada 2 orang kaki kanan, Djourou dengan Koscielny, jadi memang sesuai la kalo dapat sorang lagi defend kaki kiri..Sakho mempunyai kepantasan, kelebihan fizikal dan boleh jadi striker jugak sebenarnya..





8) Madjid Bougherra
Bougherra

Pemain ni tak la terkenal sangat..27 tahun..mungkin tak memiliki skill, dan kepantasan utuk menjaringkan gol,namun dia seorang yang bijak,agresif,keras dan sesuai dengan corak permainan liga perdana inggeris..sebab itulah beliau lebih sesuai jika dibandingkan dengan Sakho..Bougherra bermain untuk Rangers dan mengalami kecederaan yang lama season lepas..memiliki 44 international Caps dan 50 appearance bersama kelab-kelab Eropah..Pemain ni murah dan tidaklah mahal sangat..so,Wenger..camana??Wenger kan suka yang murah-murah ni..tapi usia tak la muda sangat..mungkin x dapat la mamat ni..

9) Serdar Tasci
Tasci

Seorang lagi pertahanan Jerman yang dikaitkan dengan pemindahan ke Arsenal adalah Serdar Tasci. Tiada sebab kenapa Arsenal tidak mengambil dia tapi sehingga sekarang masih tiada tawaran dibuat Arsenal kepada Stuttgart untuk mendapatkan khidmatnya. Tasci ni memang defend muda yang superb dan sesuai sangat ganti tempat Gallas..Cerdik, kawalan bola kemas, solid tackle, passing pun ok..sesuai dah untuk Arsenal..Wonderkid untuk team antarabangsa Jerman..kelebihan kaki kanan..Kalau masuk dia ni dengan Mertasacker..tak leh bayang la cane hebatnya Arsenal nanti..hehe..






10) Jan Vertonghen
Jan Vertonghen

Ajax memang banyak develop diorang punya pemain-pemain muda dan salah sorang lagi adalah pertahanan Jan Vertonghen. pemain berusia 23 tahun dari Belgium ini boleh main bek kiri dan midfield jugak..Pernah bergandingan dengan Vermaeleen di Ajax dan berhasrat untuk kembali berganding dengan teman lamanya itu di Arsenal pulak..telah 100 appearance dengan Ajax..skang status dia dalam radar Arsenal dan Barcelona dan harga dia memang tinngi lah bila dah ada saingan dari kelab lain..









Siapakah yang menjadi pilihan anda semua,tinggalkan komen anda di sini..Leave your comment here

1 comment:

  1. vertonghen tu macam worth buy sbb dia mmg satu team ngan vermaelen.ozil mungkin AW akan beli secara free sebab kontrak dia setahun je lagi dan dia mmg xkan sambung.kalo GK aku suke GK belanda tu sbb baru 27 tahun n masih byk mase untuk main.

    ReplyDelete